Home » , , » Bila Jalur Gemilang Dipijak Dan Dibakar!!!

Bila Jalur Gemilang Dipijak Dan Dibakar!!!

Written By rohman on Thursday, August 26, 2010 | 8:31 AM

Ape Perasaan Dia Kalau Kita Pulak Bakar Bendera Dia?


Post kali ini Garuda agak emosi sedikit maklumlah dengan apa yang telah berlaku di Indonesia yang amat menyentap perasaan seluruh rakyat Malaysia apabila Jalur Gemilang yang menjadi tunggak kebanggaan dan identiti masyarakat negara ini dipijak-pijak malah dibakar oleh mereka yang tidak bertamadun dan berfikiran kebinatangan.

Simbolik perbuatan mereka itu seperti membakar jiwa dan hati seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa menyanjung tinggi bendera kebanggaan kita ini. Peristiwa ini pula kebetulan berlaku hampir dengan hari bersejarah kemerdekaan kita yang bakal disambut beberapa hari lagi.

Dari apa yang Garuda tahu, Jalur Gemilang tersebut dibakar kerana Malaysia kononnya sudah mencuri kebudayaan mereka bilamana tarian pendet yang kononnya kepunyaan Indonesia diselitkan dalam promo Enigmatik Malaysia. Selain itu, mereka juga mengatakan yang protes tersebut dilakukan akibat sikap Malaysia yang dinilai terus melecehkan bangsa Indonesia.

Walau apa pun alasan mereka, perbuatan membakar bendera saling tak tumpah seperti situasi satu ketika dunia memprotes tindakan Israel dengan membakar bendera Israel. Sedih bila kali ini kita sendiri dapat saksikan di kaca-kaca TV Jalur Gemilang pula mengalami nasib yang serupa. Memang tidak pernah Garuda bayangkan perkara ini boleh berlaku.

Sebagai Anggota Keselamatan Negara, Garuda memang diajar menyanjung tinggi panji-panji negara, sekiranya rebah panji-panji ini maka rebahlah kedaulatan negara. Oleh sebab itu yang kejadian sebegini memang tidak dapat diterima terutama kepada warga keselamatan negara.

Moga jalan pintas segera dicapai bagi memulihkan semula imej negara dan Jalur Gemilang khususnya dimata dunia.






SPG : Belajarlah bersyukur, sebab ramai orang mereka cari rezeki kat negara ni...
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Search This Blog

 
Support : Copyright © 2014. Mario Balotelli 2012