Home » , » Resepi Kuih-Muih Di Bulan Ramadhan (Resepi Kuih Puteri Dua Sebilik)

Resepi Kuih-Muih Di Bulan Ramadhan (Resepi Kuih Puteri Dua Sebilik)

Written By rohman on Friday, August 12, 2011 | 6:56 PM

Ramadhan datang lagi...maka kita pasti tidak terlepas dengan sajian-sajian kuih muih yang pelbagai jenis terutama untuk dijadikan sajian hidangan selepas mengerjakan solat terawih sebagai makanan ringan. Rimau suka untuk mengajak berkongsi dengan rakan-rakan blog resepi-resepi sajian melalui Sajionline... Selamat mencuba....





Resepi Kuih Puteri Dua Sebilik (Macam pelik je nama kuih nie...)



Kuih Puteri 2 Sebilik



Bahan-bahan:

2 cawan tepung pulut hitam

2 keping gula kabung - dipotong empat segi kecil

3 cawan santan pekat

1/2 sudu besar tepung kanji

Sedikit gula pasir untuk tabur

Daun pisang - dibentuk sampan

Cara Menyediakan:

1. Bancuh tepung pulut dengan air hingga menjadi doh seperti buah melaka. Bentuk bulat dan isikan dalamnya dengan sekeping kecil gula kabung.

2. Masukkan dua biji doh kecil ke dalam daun pisang.

3. Di dalam mangkuk lain, satukan santan dan tepung kanji. Kacau rata dan tuangkan ke dalam sampan daun pisang berisi doh pulut tadi.

4. Taburkan gula pasir dan kukus hingga masak.



Rimau : Natang bende agaknye Boh tu...Rimau pun tak tahu...huhuhuhu...



Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Search This Blog

 
Support : Copyright © 2014. Mario Balotelli 2012