Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan laungkan azan, mengakui “Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Pesuruh Allah.” Dimulakan dengan Indonesia yang terletak di bahagian timur dengan ratusan kepulauannya dan jumlah penduduknya seramai lebih 200juta orang. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan Bilal akn melaungkan keagungan Allah SWT dan Nabi Muhammad s.a.w.
Proses ini akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah satu hingga dua jam. Belum pun laungan azan di Indonesia selesai, ia bermula pula di Malaysia. Berikutnya di Mynmar dan dalam masa satu jam selepas azan dilaungkan di Jakarta, tiba giliran Dakka di Bangladesh.
Berikutnya Laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar di barat India. Perbezaan waktu di bandar – bandar Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, azan akan berkumandang di seluruh Pakistan, azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat, Oman.
Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.
SPG : Maha Suci Allah Yang lebih mengetahui daripada apa yang kita tidak tahu.
0 comments:
Post a Comment