Home » , , , » Pameran MINI MAHA 2010 : Sesak Dipenuhi Pengunjung

Pameran MINI MAHA 2010 : Sesak Dipenuhi Pengunjung

Written By rohman on Sunday, November 28, 2010 | 10:28 PM

Berlangsung Dari 26 Nov - 05 Dis 2010


Apa Itu Pameran MAHA? Pameran MAHA Antarabangsa 2010 merupakan acara pameran pertanian dwitahunan yang terulung di adakan Malaysia. Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA. Ia merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan mungkin di Asia. MAHA Antarabangsa 2010 akan diadakan daripada 26 November 2010 sehingga 5 Disember 2010.

Ia dijangka akan berasakan kepada kejayaan MAHA 2008 yang merupakan pameran terbesar dan telah tercatat di dalam Malaysia Book of Records. Adalah menjadi satu kepastian untuk semua industri yang berkaitan akan mengambil bahagian. Pameran tahunan ini menjanjikan teknologi terkini dengan demonstrasi yang lebih menarik dan tepat dengan juga aktiviti perdagangan yang akan menarik para pengunjung perdagangan tempatan dan luar negeri.

Ia merupakan pameran para pengeluar, petani, nelayan dan penternak terbaik di Malaysia. MAHA Antarabangsa 2010 adalah satu landasan memperkenalkan syarikat pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di Malaysia. Lebih daripada 950 jabatan and agensi pertanian, syarikat-syarikat swasta dan industri kecil sederhana akan mengambil bahagian. MAHA Antarabangsa 2010 akan mempamerkan produk pertanian daripada 28 negara.

Ribuan Pengunjung Pameran MAHA 2010
yang Berlangsung Di Serdang

Sehingga semalam (28 Nov 2010) penganjuran pameran pertanian itu, bilangan pengunjung yang mengunjungi MAHA 2010 sudah mencecah 698,000 orang. Ini mendekatkan sasaran awal FAMA yang meletakkan target penjung seramai 1.5 juta pada penganjuran kali ini.

Kepada semua rakan-rakan yang berminat jom kita ramai-ramai pakat ke tapak lokasi pameran tersebut yang diadakan di tapak Malaysia Argo Exposition Park, Serdang (MAEPS)(Berhampiran UPM Serdang). Untuk keterangan lanjut sila ke laman web Rasmi MAHA2010.


SPG : pergh!! Semalam jam gile nak ke sana. berduyun-duyun orang datang..rugi tak datang sana..huhuhuh

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Search This Blog

 
Support : Copyright © 2014. Mario Balotelli 2012