Home » , , » Dua Warga Iran Diberkas Cuba Seludup 28kg Syabu Di Pulau Pinang

Dua Warga Iran Diberkas Cuba Seludup 28kg Syabu Di Pulau Pinang

Written By rohman on Wednesday, May 18, 2011 | 11:45 AM


GEORGETOWN: Dua warga Iran dipercayai cuba menyeludup dadah ke negara ini ditahan dalam pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas malam tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, kedua-dua lelaki yang berumur dalam lingkungan 30 tahun itu ditahan kerana disyaki menyorok syabu seberat 27.8 kilogram dalam kotak makanan yang ditemui dalam beg pakaian mereka.
"Helah mereka tidak terhasil dan mereka ditangkap pada jam 7.40 malam oleh sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri," katanya di sini hari ini.

Noor Rashid berkata, polis sedang menyiasat ke mana sebenarnya dadah bernilai RM5.6 juta hendak dibawa.

Beliau berkata, lelaki berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan, ditahan reman sehingga 24 Mei ini.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Search This Blog

 
Support : Copyright © 2014. Mario Balotelli 2012