Biarpun pertarungan menentang Singa Selatan berkesudahan dengan kegagalan Malaysia mencari 2 gol yang diharapkan pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2014 pusingan ke-2 perlawanan ke-2 di Bukit Jalil malam tadi, namun para pemain telah menunjukan semangat juang yang tinggi yang boleh dibanggakan rakyat Malaysia.
Bagi Rimau antara pemain yang beraksi cemerlang pada malam tadi adalah Khairul Fahmi yang banyak menyelamatkan percubaan yang hampir pasti gol buat Skuad Singa. Ketangkasan beliau banyak menidakkan peluang yang dimiliki oleh pemain import Singapura.
Selain itu penggempur paling ampuh negara pada masa kini Safee Sali sekali lagi membuktikan kepada semua rakyat Malaysia bahawa beliau sememangnya memiliki deria pemusnah yang tiada kepada lain-lain pemain kebangsaan. Namun support yang kurang dari bahagian tengah yang dilihat agak pincang dengan ketiadaan Syafiq Rahim menyukarkan Safee melakukan penyudah yang berkesan.
Seorang lagi pemain yang Rimau rasa bermain bermati-matian adalah S.Kunalan. Beliau dilihat sentiasa berlari mencari bola di tengah padang dan gol yang terhasil pun adalah berpunca dari hantaran beliau kepada Safee Sali. Pemain yang mendapat jolokan Express Semenyih oleh Zainal Abidin Rawop ini adalah pemain yang paling rajin mencari bola pada malam tadi.
Lain-lain pemain dilihat perlu meningkatkan prestasi mereka jika ingin terus melihat Harimau Malaya terus menjadi pujaan peminat yang menyokong tidak berbelah bagi. Antara pemain yang dilihat agak mendukacitakan malam tadi adalah Ismail Faruqi, Ahmad Faqri Sharani dengan pemain gantian yang dilayangkan kad merah, Abdul Hadi Yahya yang langsung tidak membantu Safee Sali dibahagian serangan.
Apa pun keputusan telah kita peroleh, biarpun tewas dengan aggregat 4-6 kepada Singapura, Rimau dan seluruh rakyat Malaysia akan terus berdiri dibelakang Skuad Harimau Malaya sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bagi jatuh bangun pasukan ini untuk masa hadapan. Pun begitu sesuatu perlu dilakukan barisan kejurulatihan Malaysia bagi mencari punca kelemahan yang paling ketara dibahagian pertahanan yang melihatkan mudah pemain-pemain Singapura menyelinap masuk ke kubu Malaysia. Ayuh jadikan kekalahan ini sebagai iktibar berguna untuk game yang akan datang.
Harus diingat skuad Harimau Muda kita masih memberikan harapan buat kita untuk saingan kelayakan Olimpik 2012 yang dijadulakan bakal bermula September ini. Ayuh sama-sama kita semarakkan perjuangan mereka...Harimau Malaya pasti akan tetap mengaum....AUUUUMMMM.....

0 comments:
Post a Comment