Memang sudah diramal sejak dari awal lagi perlawanan ulangan Malaysia vs Indonesia akan berlangsung dipentas akhir bola sepak Sukan SEA apabila masing-masing menewaskan lawan diperingkat separuh akhir untuk menempah tiket ke babak akhir.
Malaysia terlebih dahulu menjejakkan kaki dipentas akhir apabila menewaskan Myanmar 1-0 pada perlawanan yang dilangsung pada sebelah petang sebelum Indonesia melengkapkan jadual perlawanan akhir dengan mengisi satu lagi slot setelah menumpaskan Vietnam pada satu lagi separuh akhir yang dilangsungkan di sebelah malam dengan jaringan 2-0.
Ia bagai 'Final Impian' apabila diibarat pentas terbaik kedua-dua pasukan menunjukan kehebatan masing-masing terutama Indonesia yang pasti mahu menebus kehampaan selepas kecundang ditangan Malaysia pada aksi peringkat kumpulan A 0-1. Pun begitu Sang Garuda berhadapan tugas sukar berdepan Malaysia apabila separuh daripada skuad Harimau Muda negara sebenarnya dibarisi pemain yang pernah beraksi di pentas Piala AFF Suzuki 2010 yang menyaksikan Malaysia menewaskan Indonesia di Stadium keramat mereka itu Gelora Bung Karno dengan aggregat 2-4.
Nama-nama seperti Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Asrarudin Putra dan Khairul Fahmi adalah nama yang pernah muncul selaku pemain utama skuad kebangsaan yang menjulang Piala AFF 2010 yang pastinya akan menjadi duri dalam daging bagi pasukan Indonesia menjelang aksi Final 21hb November 2011 nanti.
Ayuh Harimau Muda Negara teruskan mengaum dan sedia untuk membaham Sang Garuda untuk kedua kalinya dalam tempoh 5 hari selepas kemenagan 1-0 Khamis lalu.
Home »
Keputusan Penuh Separuh Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2011 Malaysia vs Myanmar Indonesia vs Vietnam 19 November 2011
» Keputusan Penuh Separuh Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2011 | 19 November 2011
Keputusan Penuh Separuh Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2011 | 19 November 2011
Written By rohman on Saturday, November 19, 2011 | 8:11 AM
Related Articles
0 comments:
Post a Comment