Keputusan Perbicaraan Kes Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim 09.01.2012

Written By rohman on Sunday, January 8, 2012 | 11:30 PM


Himpunan 901 dicemari letupan bom, pergelutan

Dalam keputusan yang kurang dijangkakan oleh banyak pihak, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman ringkasnya yang tidak melebihi lima minit berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan. "Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa integriti bukti tidak diusik. “Saya mendapati adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA. Justeru, mahkamah hanya ada keterangan Saiful.

"Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful. "Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu dibebas dan dilepaskan," katanya. Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan menanggis sambil memeluk suaminya dalam kegirangan.

Seluruh mahkamah kecoh seketika dengan penyokong Anwar menjerit gembira. Dalam reaksi spontannya, Ketua Pembangkang itu mengucapkan alhamdulillah dan bersyukur kerana kebenaran akhirnya dapat ditegakkan.

Dalam pada itu perhimpunan di sekitar kompleks mahkamah itu dicemari insiden letupan bom dan juga pergelutan di antara kumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kumpulan penyokong kepada pengadu dalam kes Liwat berkenaan, Saiful Bukhari Azlan.

Tiga insiden bom tersebut berlaku selepas mahkamah melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan mengikut Seksyen 377(B) Kanun Keseksaan. Ketua polis Kuala Lumpur DCP Datuk Mohamad Saleh mengesahkan lima orang cedera akibat letupan bom buatan sendiri itu. Selain itu, letupan bom berkenaan turut merosakkan sekurang-kurangnya tujuh kenderaan di lokasi tersebut.

Sudut Pandang Rimau : Em...macam2....
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Search This Blog

 
Support : Copyright © 2014. Mario Balotelli 2012