Status Kes Pertengkaran Anzalna Dengan Neelofa

Written By rohman on Monday, June 25, 2012 | 7:39 PM

Saya Sudah Bersedia Untuk Jumpa Neelofa Di Mahkamah – Anzalna 

Nampaknya pertelingkahan antara Neelofa dan Anzalna hanya akan dapat diselesaikan di mahkamah. Hari ini, Anzalna memberitahu Berita Harian yang dia tidak akan menjawab notis tuntutan Neelofa sebaliknya sudah bersiap sedia dengan bukti jika Neelofa berkeras untuk membawa kes tersebut ke mahkamah.
Namun begitu, Anzalna masih berharap dengan campur tangan SENIMAN, masalah ini dapat diselesaikan di luar mahkamah. Kata Anzalna:-

Kalau Neelofa berkeras nak bawa kes ini ke mahkamah, silakan. Ini kerana saya sudah bersiap sedia dengan bukti. Atas nasihat SENIMAN, saya tidak akan membalas notis diberi. SENIMAN mahu membantu menyelesaikan masalah ini. Jadi saya akan serahkan kepada SENIMAN untuk menguruskannya. Malah persatuan itu ada peguamnya sendiri. Apabila tarikh sudah ditentukan, saya akan kemukakan segala bukti yang ada. Saya sudah bersedia cuma dimaklumkan SENIMAN masih belum bertemu dengan Neelofa untuk mendapatkan tarikh sesuai.


Semoga campur tangan SENIMAN akan dapat membantu menyelesaikan pertelingkahan ini di luar mahkamah. Tak berbaloi sungguh rasanya menghabiskan masa turun naik mahkamah untuk perkara yang dapat diselesaikan dengan berbincang. Diharap Anzalna dan Neelofa berfikir sedalam mungkin sebelum membuat keputusan yang mungkin boleh menjejaskan karier mereka.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Search This Blog

 
Support : Copyright © 2014. Mario Balotelli 2012