Home » , , , » DiGi iPhone 4 Me

DiGi iPhone 4 Me

Written By rohman on Friday, September 24, 2010 | 11:49 AM



Siapa yang tak nak iPhone 4 yang baru diperkenalkan Apple? Garuda pun semestinya mengidamkannya. Manakan tidak dengan ciri-ciri canggih yang terbina pasti menambat hati setiap peminat gajet-gajet menarik seperti iPhone 4 ini.

Banyak plan menarik yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi terutama syarikat gergasi seperti DiGi yang sekarang sedang hebat menawarkan plan iDiGi Postpaid dengan pakej iPhone 4. Jadi tidak hairanlah kalau ramai yang berebut nak dapatkan plan ini dari membeli sebiji iPhone 4 ni yang sememangnya mahal.

Tapi bagi Garuda yang sibuk dengan kerja dan tidak berkemampuan lagi nak beli iPhone ni memang menanti-nantikan mana-mana peluang nak dapatkan iPhone 4 ni secara percuma. Siapa yang tak nak kan percuma. Maklumlah sedih tak sedih sampai sekarang Garuda masih bertahan dengan HandPhone Prasejarah Garuda Nokia 3310...huhuhu...

Inilah Hp GARUDA Nokia 3310

Lagipun dengan adanya iPhone 4 ni mudah bagi Garuda sambil bekerja nak Online dimana-mana memandangkan Garuda pun memang pelanggan setia DiGi "Sentiasa Bersamamu". Memang itu yang diharapkan.

Jom pakat join Contest Nuffnang, mana tau rezeki korang. Klik Sini


SPG : Nuffnang je yang dapat bagi Garuda iPhone 4 free..... ;)
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Search This Blog

 
Support : Copyright © 2014. Mario Balotelli 2012