Home » , , , , , , » Terkini Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati : Ada Puak Cuba Politikan Isu Ini.

Terkini Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati : Ada Puak Cuba Politikan Isu Ini.

Written By rohman on Tuesday, September 14, 2010 | 12:22 PM

Jangan Dipolitikkan...Bahaya - Polis


Ternyata isu pembunuhan kejam Datuk Sosilawati cuba dipolitikkan oleh sesetangah pihak utk kepentingan politik mereka...bagi penyokong BN, mereka pastinya menggunakan peluang ini utk mengaitkan suspek pembunuhan ini dgn Pakatan Rakyat dengan membangkitkan sentimen perkauman...antara hujah popular mereka ialah...

1. Suspek adalah orang India..orang India ramai sokong Hindraf..orang Hindraf ramai sokong Pakatan Rakyat..so, suspek adalah ahli/penyokong PR..

2. Suspek adalah peguam dari Majlis Peguam..orang peguam ramai sokong Pakatan Rakyat..so, si pembunuh itu kalau bukan DAP, pasti PKR...

Ini antara hujah dangkal puak2 gerombolan dlm usaha mereka utk mempolitikkan isu pembunuhan ini...sungguh lucu lagi naif pemikiran mereka..

Namun, tanpa mereka duga, berita hari ini telah malaporkan hubungan secara tidak langsung suspek dengan pemimpin BN...dilaporkan, sebelum diberkas polis, suspek telah dahulunya bertemu dengan pemimpin tertinggi BN dari MIC...untuk apa?

Murugiah berkata, beliau bertemu dengan suspek pada program komuniti Hari Raya di Bukit Cheeding, Banting pada 8 September iaitu tiga hari sebelum suspek ditahan polis.

“Saya dijemput untuk menyerahkan sumbangan yang ditaja beliau (suspek) untuk komuniti orang asli di kawasan itu.

“Ia merupakan pertemuan kali pertama dengan dia. Saya lihat dia seorang yang pemurah dan peramah tetapi tidak menyangka di sebaliknya,” katanya kepada media selepas mengunjungi rumah keluarga Sosilawati di sini.

Murugiah berkata, pada awalnya tiada masalah bagi suspek untuk menyertai MIC kerana suspek merupakan seorang peguam berpendidikan tinggi.

“Saya menasihatkan dia supaya mengisi borang keahlian dan perkara itu akan dimaklumkan kepada Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu,” katanya.

Bagaimanapun jelasnya, MIC tetap tidak akan menerima suspek untuk menyertai parti sekiranya didapati tidak bersalah berikutan rekodnya sebelum ini dipertikaikan.

Dari laporan diatas, maka dapatlah dirumuskan...

1. Suspek (kemungkinan) bukanlah ahli mana2 parti kerana baru memohon untuk menyertai MIC..maka tuduhan penyokong Umno bahawa susupek merupakan 'ahli' DAP/PR tertolak..

2. Walaupun permohonan suspek utk menjadi 'ahli' MIC belum diproses, namun secara langsungnya beliau telah tersenarai dikalangan 'penyokong' MIC..maka, tuduhan bahawa suspek adalah 'penyokong' DAP/PR juga tertolak..

3. Kita dapat lihat betapa mudahnya suspek berurusan/membuat pertemuan dengan pemimpin MIC/BN walau dlm keadaan genting sekalipun...

4. Ternyata peguam dari Majlis Peguam juga terdiri dari ahli/penyokong MIC/BN..ini sekaligus menolak tanggapan streotaip penyokong Umno bahawa ramai peguam adalah penyokong PR..

Kemudian, kita lihat pula 2 laporan berita dibawah..

"Sumber itu juga mendakwa, peguam itu yang kini amat dikehendaki dalam kes kehilangan Sosilawati dipercayai mempunyai rekod jenayah berkaitan kes penipuan di Selangor"...- MyMetro

"Polis mengakui mereka pernah menerima aduan mengenai kehilangan sebelum ini termasuk laporan mengenai kehilangan seorang warga India".....Semalam, polis juga mendedahkan pihaknya ada menerima aduan terhadap adik-beradik itu yang berusia 38 dan 41 tahun berhubung kehilangan tiga orang lain tahun lalu...- MalaysianInsider

Berdasarkan dua laporan berita di atas, kita dapat lihat bahawa suspek masih dibiarkan bebas walaupun pelbagai tuduhan/aduan dihadapakan kpd suspek sejak tahun lepas..selain aduan dlm kes jenayah 'kemanusiaan' (tahun 2009), beliau turut disabitkan kesalahan jenayah di dalam urusan guaman yang direkodkan pada tahun 2007..boleh baca di sini..

Oleh itu, adalah mustahil Murugiah, atau lain2 pemimpin MIC/BN tidak mengetahui langsung perihal ini (rekod jenayah suspek) sebelum atau ketika membuat pertemuan dgn suspek kes pembunuhan ini..

Oleh yang demikian, sebelum jadi lebih parah, jangan ada pihak yang cuba bangkitan isu ini bersangkut dengan politik kerana simpatilah dengan semua mereka yang telah pergi. Sedekahkan Al-Fatihah lagi bermakna buat mereka.


SPG : Jangan politikan isu ini kerana ia akan membangkitkan api perkauman.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Search This Blog

 
Support : Copyright © 2014. Mario Balotelli 2012