Filem Al-Hijab : Filem Seram Arahan Pierre Andre

Written By rohman on Sunday, October 2, 2011 | 10:58 PM

Gandingan Pertama Pierre Andre Dengan Nur Fathia


Filem seram yang kesekian kalinya diterbitkan oleh pengarah muda ini
kembali dengan sengatan berbisanya terhadap penghasilan filem seram, Al-Hijab yang bakal ditayangkan seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei pada 6 Oktober ini.

Filem ini dikatakan adalah sentuhan Pierre yang paling seram berbanding filem-filem seram yang pernah dihasilkan beliau sebelum ini. Menerapkan segala pengalaman yang dilalui oleh Pierre sendiri, filem ini seolah-olah mempunyai nyawa yang mampu memberi impak kepada penonton. Takut, cemas dan mendebarkan adalah lumrah perasaan yang dirasai ketika menonton filem bergenre seram, namun sedikit kelebihan Al-Hijab, ia mungkin mempengaruhi minda penonton tentang sesuatu yang tidak pernah terlintas untuk dilakukan!

Filem Al-Hijab yang diterbitkan oleh Empat Semudra ini mengisahkan Rafael yang ingin membuka hijabnya untuk melihat makhlus halus. Namun hanya seorang mampu melaksanakan cita-citanya. Tetapi bersediakah Rafael untuk menghadapi risikonya? Semuanya terjawab bermula 6 Oktober ini!



Laporan Penapisan Filen Al-Hijab Oleh KDN : SINI

Sudut Pandang Rimau : Lagi Filem Seram Keluar Malaysia..Macam Best je..
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Search This Blog

 
Support : Copyright © 2014. Mario Balotelli 2012