Ape Cerita Lagenda Budak Setan?

Written By rohman on Thursday, June 3, 2010 | 12:15 PM


Fuh!! aku baru saja sampai rumah balik dari tawangan filem terbaru melayu yang baru ditayangkan hari ni (03.06.2010) LBS (Lagenda Budak Setan). Aku penah dengar pasal novel Lagenda Budak Setan ni cuma aku tak penah baca novel tu. So aku tak taulah samada jalan citer dia same atau tak dengan dalam filem ni. Cuma dia ade tulis la pada permulaan filem ni 'Diadaptasi Dari Novel Lagenda Budak Setan'.

Plot cerita aku tengok macam cerita cinta melayu yang biasa tu, so separuh dari jalan cerita tu agak mendatar je la. Sampai aku rasa impress skit lepas Ayu tu bertukar wajah selepas xcident. So kat situ ade trill skit. Lain dari yang penah aku tgk la citer2 cinta melayu sebelum ni.



Kekurang ada aku 'detact' sebab aku tertanya-tanya mana pergi kengkawan si Kasha (Lakonan Farid Kamil) tu lepas dia balik dari buat research, dah la research setahun. At least ada la satu atau dua babak yang menjumpakan diorang balik. Kan kata geng anti pempuan masa kat kolej so mesti kamcing la. Lagi satu pasal Si Azmi (lakonan Que Haidar) yang wataknya agak agresif tak memasal. Jap baik jap jahat pun buat aku tak paham fungsi dia dalam filem tu. Hanya jadi pengacau je.

Namun secara keseluruhannya 'not bad' la. Ada juga babak yang sedih. Kalau orang pempuan tgk tu meleleh la air mata (sebab aku tgk bini aku bergenang je air mata dia). Lagi satu, masa nak 'ending' tu dia ada tulis 'Tamat Bahagian Satu' so aku ingat ada bahagian dua kot nanti (LBS 2). kita sama-sama la tunggu.. So sesiapa yang nak layan citer nie tengok sendiri la apa kesudahannya. Good la bagi mereka yang sedang bercinta.. Tangkap lentok beb..


p/s : Tiket tu aku beli dah lewat. So terpaksa tgk Midnight show la..sejuk...sejuk....fuuuhhh!!!
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Search This Blog

 
Support : Copyright © 2014. Mario Balotelli 2012