Perginya Tak Kembali..Bapa MertuaKu..
Written By rohman on Saturday, June 5, 2010 | 12:03 PM
Salam kepada semua. Hari ini genap 2 bulan pemergian bapa mertua aku yang dikasihi. Pemergiannya amat dirasai oleh sekalian ahli keluarga dan rakan-rakan kerana sifat-sifat arwah yang disenangi semua orang. Kehilangannya umpama kehilangan batu permata yang tidak ternilai dalam hidup aku. Aku beranggapan begitu sebab arwah seorang kaki masjid dan tidak pernah tinggal solat. Dikampung arwahlah yang melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat fardu. Jadi tidak hairanlah banyak ilmu-ilmu agama yang aku belajar dari arwah.
Aku masih ingat lagi seminggu sebelum arwah meninggalkan kami, arwah datang ke rumah aku di Putrajaya katanya untuk berjalan-jalan. Aku pun rasa pelik juga sebab arwah bukan jenis yang suka berjalan-jalan. Lepas tu arwah ikut aku balik ke Segamat kebetulan adik aku bertunang. Memang arwah ada sakit jantung tapi belum sampai tahap kronik. Kata doktor baru peingkat awal, jadi ke mana-mana dia akan bawa ubat dia. Nak jadi kebetulan sampai di Segamat arwah kata ubat dia tertinggal di Putrajaya. Aku pun panik dan nak balik ke Putrajaya untuk ambil ubat. tapi arwah kata dia tak sakit sangat boleh tahan. So, memandangkan aku ke Segamat pun 2 hari, Jadi aku rasa sempat untuk sampai balik nanti.
Sekali keesokkan harinya arwah sudah mula rasa sakit yang amat. Setelah aku bawa ke Hospital Segamat aku dapati keputusan yang tidak memuaskan hati aku. Lalu aku membuat keputusan untuk terus balik ke Putrajaya dan bawa arwah terus ke Hospital Putrajaya. Peliknya ubat yang dikatakan tertinggal di Putrajaya tu sebenarnya tak tertinggal pun. Ada dalam kereta aku masa ke Segamat tu. Tercicir dari bag dia.Bolehkan semua tak perasan ubat tu termasuklah aku. adus!!!
Dipendekkan cerita 3 hari arwah dihospital dia berasa baik dan arwah memohon untuk keluar hospital dan sambung rawatan di hospital HUSM Kelantan walaupun keadaannya belum pulih sepenuhnya. Oleh itu, doktor membenarkannya pulang ke Kelantan dan aku rasa macam tak sedap hati namun hasrat arwah macam tu nak buat macam mana aku turutkan juga.
Memandangkan arwah belum berapa sihat, aku belikan arwah tiket kapal terbang untuk dia cepat sampai ke Kota bharu dan aku tak sangka itu adalah perjalanan terakhir dia di dunia ini dan pertama dalam hidupnya menaiki kapal terbang. Aku sempat salam dan cium dia buat kali terakhir di airpot KLIA sebelum penerbangan tersebut yang aku pun tak tahu itu adalah kucupan terakhir aku padanya.
Sampai di Kelantan Mak mertua aku bagi tahu dia tak nak ke hospital lagi keesokan harinya atas alasan masih penat perjalanan dari KL ke Kelantan dan bercadang untuk ke HUSM pada esokkan harinya (hari Selasa). Namun ajalnya datang lebih awal, malam isnin tu arwah kena serangan jantung mengejut yang kuat dan dimasukkan ke dalam wad ICU Hospital Tumpat. Dan berita pemergiannya dikhabarkan oleh abang ipar aku pada selasa 06.04.2010 jam 0710 HRS yang membawa kesyahduan kepada aku dan isteri meratapi pemergiannya buat selamanya.
Kepada rakan-rakan pembaca, sayangi ibu dan bapa anda selagi dia masih bernyawa..kasih sayangnya tidak ternilai sampai ke hari kiamat... Buat armahum bapa mertuaku AHMAD BIN A SAMAD, moga bersemadi bersama orang-orang yang beriman dan ditempatkan dikalangan mereka yang dikasihi olehNya sehingga menjelang hari khiamat ... AL-FATIHAH...
p/s : Gambar tu aku ambil dekat airport masa dia nak berangkat naik kapal terbang. Tak nampak macam sakit pun kan...
Related Articles
Labels:
Hospital Putrajaya,
ICU,
KLIA
0 comments:
Post a Comment