Home » , , , » Lagi-Lagi Kes

Lagi-Lagi Kes

Written By rohman on Monday, June 28, 2010 | 9:21 PM

Seorang lelaki yang baru selesai menikmati minum petang di sebuah restoran mamak di sini, maut selepas terkena dua das tembakan dilepaskan seorang lelaki dari jarak dekat.


MAUT  ...anggota polis memeriksa mayat lelaki yang ditembak mati di Seri  Kembangan, malam tadi.
MAUT ...anggota polis memeriksa mayat lelaki yang ditembak mati di Seri Kembangan, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa, Lee Fah, 51, mati serta-merta di tempat kejadian sebelum sempat masuk ke dalam kereta mewah miliknya yang diletakkan berhampiran.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mamah berkata, seorang anggota polis yang kebetulan berada berhampiran segera ke tempat kejadian sebaik terdengar bunyi tembakan itu.

Anggota berkenaan ternampak seorang lelaki melarikan diri dalam keadaan tergesa-gesa ke arah sebuah kereta yang diletakkan berhampiran manakala mangsa terbaring berlumuran darah di sebelah keretanya.
Anggota terbabit kemudian mengejar suspek sebelum dia sempat memasuki kereta dan memecut laju. Bagaimanapun, kesesakan jalan raya memaksa suspek keluar dari kereta dan terus melepaskan dua das tembakan ke arah anggota polis yang mengejarnya.


Bagi mempertahankan diri, anggota terbabit terpaksa melepaskan tembakan yang mengenai kaki kanan suspek.
Suspek yang berusia 55 tahun kemudian ditahan sebelum dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut. Polis turut menemui sepucuk pistol dan beberapa butir peluru daripada suspek.

Siasatan awal mendapati suspek memiliki 12 rekod jenayah lampau membabitkan pecah rumah, curi dan tersenarai antara paling dikehendaki polis.
Pemeriksaan awal mendapati mangsa ditembak dua kali iaitu di bahagian rusuk kanan menembusi bahu kanan dan satu das lagi mengenai telinga kanan menembusi mata kanannya.
Setakat ini, polis belum dapat memastikan motif kejadian itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


P/s : Penjenayah sekarang dah makin berani. Tak takut mati punye..so, hati-hati..

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Search This Blog

 
Support : Copyright © 2014. Mario Balotelli 2012