Lama aku tak buat post baru ni..hari ni aku duduk kat pejabat lepas tu terfikir pasal nasib anggota aku yang kena dakwa kes tembak mati Arwah Aminul Rasyid tu. Mesti korang dah dengar macam-macam versi cerita pasal kes ni kan. Cuma bagi aku bukan nak menangkan sesiapa kita tunggu je lah keputusan mahkamah. Ni menurut cerita la, pada malam kejadian tu memang arwah keluar dengan kawan dia tu. Tapi tak tahu apa tujuan sebenar. Cuma yang kita tahu dia cakap nak keluar minum. Tu dia kata. Tak tahu lagi betul ke tak.
Kesian jugak kepada anggota polis ni sebab dia cuma suspek pemandu kereta penjenayah pasal tak berhenti kereta selepas merempuh 6 buah trafik light di Shah Alam semasa dikejar. Tentu-tentu punya anggota yang kejar ni agak penjenayah punyer. Cuma kalau nak jadi bukti dia langgar penunggang motor skuter tu dan kereta yang kena langgar dengan arwah tu dapat tampil memberi penjelasan apa yang sebenarnya berlaku. Sebab Polis ni bukan tuhan nak tahu semua. Kena dapat maklumat dari saksi gak. Jadi ni la saksi yang paling rapat dengan kejadian.
Saksi yang juga sahabat mangsa yang berada di dalam kereta ketika kejadian tersebut mengatakan yang beliau telah dipukul beberapa org polis selepas keluar dari kereta yang terbabas. Selepas itu beliau berjaya meloloskan diri dari pihak polis dan lari ke sekolah dan kemudian ke rumahnya untuk bersembunyi. Disinilah timbulnya persoalan di minda aku. Bagaimana seseorang suspek utama yang juga seorang remaja bawah umur yang telah diberkas dan "dibelasah" oleh BEBERAPA org polis (menurut beliau di dalam sidang akhbar) boleh meloloskan diri dgn mudah tanpa dapat dikejar oleh seorang pihak polis pun yang didakwa RAMAI ketika kejadian. Dan selepas itu dia boleh pula bersembunyi di sekolahnya pada awal pagi ketika kejadian sebelum menuju ke rumahnya. Pelik-pelik...Kalau betul kena pukul dengan Polis tak lepas punye lah..
Polis cuma jalankan tugas, setahu aku tembakan amaran pun dah dilepaskan. Bukan mudah Polis nak melepaskan tembakan tau..banyak prosedur dan situasi kritikal yang perlu dipertimbangkan sebelum melepaskan tembakan. Biasanya kalau tembak pun tak berhenti, polis akan suspek penjenayah la ni. Ala Untuk pengetahuan korang kalau memandu takde lesen pun apa sangat hukuman. Paling kuat pun kena saman pastu bayar saman. Tu je.. Lagi pun cuba korang fikir-fikirkan kalaulah yang dikejar oleh anggota polis tu betul-betul penjenayah dan polis tak melepaskan tembakan? Mesti korang akan baca "2 Orang Anggota Polis Ditembak Mati Oleh Penjenayah" di dada-dada akhbar. Banyak dah polis mati kena tembak sebab mempertahankan keamanan tapi tak kecoh pun macam ni.
Lagi satu yang peliknya Arwah ni bawak kereta macam F1. So maknanye bukan sekali dia bawak kereta tu..banyak kali. kalau tak takkan expert macam tu..
So aku taknak komen lebih-lebih. Korang mesti ada pendapat masing-masing. Inilah yang aku katakan Jenayah Itu Padah...Negara kita ada undang-undang. Kalau kita semua ikut undang-undang tak kan berlaku kes-kes macam ini. Ok.. jumpa lagi.. Ingat!! Jenayah Itu Padah. Kita hanya manusia biasa yang tak lari dari membuat kesilapan..
p/s : Moral Of The Story...Kalau kena tahan dengan Polis rilek jer...Polis bukan Tuhan pun nak kena takut..tapi kalau korang takut tu mesti korang ada buat salah...huhuhuhuh...pastu kalau nak keluar minum ajak2 la kengkawan..heheheh...
0 comments:
Post a Comment