Home » , , , » Gulliver's Travels Movie : Penuh Fantasi

Gulliver's Travels Movie : Penuh Fantasi

Written By rohman on Thursday, December 23, 2010 | 10:22 AM

Di Pawagam Bermula 23 Disember 2010


Garuda dah layan citer ni, so far ok lah coz banyak bermain dengan imaginasi pengarah filem ini iaitu Rob Letterman. Lama tak tengok cerita orang-orang kerdil ni. Layan jugak bila sekali sekala tengok citer macam nie.

Sedikit mengenai sinopsis cerita ini, Si Gulliver ni kerja sebagai tukang agih surat je di salah sebuah syarikat. Namun secara tak sengaja masa nak usya awek kat pejabat tu dia teroffer diri dia sendiri untuk misi penjelajahan ke segitiga Bermuda. Dalam perjalanannya ke pusat segitiga Bermuda tersebut dia telah tersesat ke satu pusaran tinggi dan sedar-sedar dia telah diikat oleh ribuan orang kerdil di sebuah pulau yang dikenali sebagai Lilliput.

Di dunia baru tersebut, Gulliver adalah raksasa - baik ukuran tubuh maupun ego - terutama setelah dia dilantik menjadi general perang dikerajaan tersebut. Kedudukan Gulliver makin penting apabila dia memimpin teman-teman barunya dalam pertempuran melawan musuh-musuh lama mereka ditengah lautan yang baginya hanyalah sedalam paras dadanya.

Tiket Wayang Gulliver's Travels

Apa akhirnya kisah Gulliver ini, berjayakah dia kembali ke dunianya semula? Yang tu korang sume kena pergi tengok sendirilah kesudahan cerita ni yang pada Garuda menariklah sebab banyak bermain dengan grafik dan mitos orang-orang kerdil. Selamat menonton...


Trailer Filem Gulliver's Travels
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Search This Blog

 
Support : Copyright © 2014. Mario Balotelli 2012