Home » , , , » Perodua Bezza : Kereta Futuristik Pertama Malaysia

Perodua Bezza : Kereta Futuristik Pertama Malaysia

Written By rohman on Friday, December 3, 2010 | 3:48 AM

Perodua Bezza


PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) semalam memperkenalkan model prototaip, Bezza yang menggunakan enjin hijau yang sedang dibangunkan bagi kegunaan kenderaan keluarannya pada masa akan datang.

Reka bentuk Bezza dibangunkan sepenuhnya kakitangan PERODUA, manakala enjin hijau dimajukan di bawah Pelan Induk Pembangunan Enjin Hijau syarikat itu dengan kerjasama Daihatsu Motor Corporation, Jepun.

Pelan Induk Pembangunan Enjin Hijau PERODUA itu masih pada fasa pertama, bermatlamat menghasilkan enjin yang menggunakan Sistem Bahan Api Cecair Bebas Logam Berharga (PMLFC) iaitu yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Sistem PMLFC tidak menggunakan petrol atau diesel sebagai bahan bakar, sebaliknya bahan api alternatif yang tidak mengandungi logam berharga, sekali gus menjadikannya lebih mesra alam dan menjimatkan.

Jom Layan Wajah Kereta Ni...Hebat-hebat..










SPG : Agak-agak boleh beat Inspira tak?huhuhuh..
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Search This Blog

 
Support : Copyright © 2014. Mario Balotelli 2012