Home » , » Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010 : PM Umum Cuti Jumaat (31.12.2010)

Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010 : PM Umum Cuti Jumaat (31.12.2010)

Written By rohman on Wednesday, December 29, 2010 | 8:56 AM

Keputusan Penuh Final AFF Suzuki 2010

Malaysia kembali disegani dirantau ini apabila menjuarai menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 dengan membanam cabaran Indonesia malam tadi biarpun tewas 1-2 dalam aksi Final Ke-2 yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno. Bekalan kemenangan 3-0 pada aksi Final pertama di Kuala Lumpur sememangnya menjadi bekalan selesa buat anak buah K.Rajagobal dengan aggregat 4-2.

Gol-gol pada malam ini terhasil melalui Mohd Safee Sali (Malaysia), Mohd Nasuha, Mohd Muslim(o.g)(Indonesia). Dengan gol tersebut maka Safee Sali lantas dinobat selaku peledak terbanyak pada edisi kali ini dengan 5 Gol.

Pemenang Kasut Emas Piala Suzuki 2010 : Safee Sali (Malaysia)

Sementara itu penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi Che Mat diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan Akhir malam ini dengan aksi cemerlangnya terutama menyelamatkan sepakan penalti dari kepten Indonesia Firman Utina pada minit ke-17 setelah bola terkena tangan Sabre Mat Abu di dalam kotak penalti.

Pemain Terbaik Perlawanan : Khairul Fahmi Che Mat ( Malaysia )

Setelah 90 minit Indonesia menemui jalan buntu untuk merobek gawang Malaysia dan tiupan wisel penamat menoktahkan Malaysia Selaku Juara Baru Piala Suzuki 2010 buat julung-julung kalinya...Pesta ini akan berterusan apabila wira-wira negara ini dijangka pulang ke tanah air esok. Paling Manis apabila Perdana Menteri Malaysia mengumumkan pada Jumaat (31.12.2010) sebagai cuti umum di atas merai kejayaan Skuad Harimau Malaya membaham Sang Garuda.

Kejayaan mereka kebanggan kita seluruh rakyat Malaysia

Dedicate Lagu Ni Buat Wira-wira Malaysia...Mereka layak dinobat selaku Wira Malaysia



Standing In The Eyes Of The World - Ella

SPG : Garuda rasa bangga jadi anak Malaysia sebab Malaysia kini selangkah kembali disegani paling tidak pun dirantau ini.. Sure ranking Bola Sepak FIFA Malaysia naik pas ni...

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Search This Blog

 
Support : Copyright © 2014. Mario Balotelli 2012