Home » , , » Keputusan Piala AFF Suzuki : Malaysia vs Laos

Keputusan Piala AFF Suzuki : Malaysia vs Laos

Written By rohman on Tuesday, December 7, 2010 | 7:38 AM


Akhirnya Malaysia ke separuh akhir pertandingan Piala AFF Suzuki selepas membelasah Laos 5-1 pada perlawanan terakhir yang berlangsung di Palembang, Indonesia. Kemaraan Malaysia juga turut dibantu oleh keputusan perlawanan di antara Indonesia menentang Thailand di mana perlawanan tersebut berkesudahan dengan Tuan Rumah Indonesia menewaskan Thailand dengan 2-1.

Dengan Keputusan tersebut membolehkan Malaysia menghuni tangga ke-2 kumpulan di belakang Indonesia dengan 4 mata untuk ke separuh akhir yang bakal dilangsungkan pada 15hb Disember 2010.

Perlawanan dalam keadaan hujan lebat di Palembang namun para pemain Malaysia tidak berputus asa untuk memastikan tiket ke separuh akhir biarpun tahu keputusan ke separuh akhir terpaksa menumpang tuah Indonesia yang diharap-harap dapat menewaskan Thailand. Untuk rekod Malaysia belum pernah memenangi Piala AFF ini. Terbaik pencapai Malaysia adalah Naib Juara.

Piala AFF Suzuki menjadi rebutan

Berbekalkan keputusan yang memberangsangkan ini, diharap pemain Malaysia dapat mengekalkan momentum kemenangan biar siapa pun lawan di separuh akhir nanti. Syabas kepada para pemain dan jurulatih Malaysia. Pemergian kalian ke separuh akhir diiringi doa jutaan rakyat Malaysia.

SPG : Inilah yang dikatakan hadiah Awal Muharram...Alhamdulillah...
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Search This Blog

 
Support : Copyright © 2014. Mario Balotelli 2012